Kita menggunakan ukuran dan sukatan setiap hari. Pengukuran ialah satu topik yang luas dalam KBSR. Ini kerana pengukuran adalah dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.
Tahukah anda pengajaran mengukur / menyukat dapat membantu dalam operasi nombor. Terdapat banyak konsep dan prosedur yang kedua-duanya digariskan dalam sukatan dan nombor. Contohnya mengukur kepada unit yang hampir. Adalah sama dengan menulis nombor yang hampir mengikut nilai tempat. Oleh itu, pengukuran adalah dilihat ada hubungan dengan mengajar konsep nombor. Pengukuran adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam setiap peringkat matematik KBSR.