Kedudukan Cecair

Mengenalpasti Kedudukan Asal Isipadu Cecair.

Untuk kefahaman tentang topik ini dengan berkesan, kita perlu tahu beberapa aspek mengenai ukuran/sukatan isipadu cecair.  Melaui gambaran carta organisasi tersalah konsep merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh murid-murid terutamanya tahun dua.  Ini kerana kedudukan paras air mempengaruhi keputusan untuk menentukan tahap ukuran yang sebenar.

            Murid lazimnya akan membuat perbandingan aras isipadu cecair melalui pengamatan paras air atau cecair.  Mereka tidak dapat membandingkan saiz bagi bekas sesuatu kandungan air.  Disinilah konsep yang betul perlu didedahkan kepada murid untuk memastikan pemahaman konsep yang betul.    

Pemahaman kepada istilah kosong, separuh, suku dan penuh adalah permulaan bagi kanak-kanak membuat pengamatan kepada konsep isipadu cecair.  Melalui gambarajah di bawah boleh membantu kanak-kanak untuk membandingkan istilah-istilah bagi isipadu cecair.


Sebagai seorang kanak-kanak yang menjalankan perbandingan, bukan sahaja mereka mendapat pemahaman terhadap sukatan dan pertambahan isipadu tetapi mereka juga belajar prosedur yang membantu mereka dalam mengenal pembahagian nombor.  Langkah ini selalunya dipanggil permulaan menyukat.


Blog ini direka khas untuk guru-guru matematik tahun 2. Diharapkan paparan ini sedikit sebanyak dapat memberi idea khususnya kepada guru matematik bagi mengajar topik Isipadu & cecair.

Paparan ini juga turut menyediakan Rancangan mengajar, cadangan aktiviti, bahan dan juga video yang akan membantu guru-guru matematik tahun dua untuk memahami konsep Isipadu & Cecair.

Masa itu Emas

Tentang Saya

My photo
SK. Taman Dato’ Harun (2) Petaling Jaya Selangor. Malaysia. 11 Tahun Pengalaman Sebagai guru

Logo Sekolah

Logo Sekolah

Mesej


ShoutMix chat widget

Followers