Pembuka bicara

Sunday, November 14, 2010

Kita menggunakan ukuran dan sukatan setiap hari.  Pengukuran ialah satu topik yang luas dalam KBSR.  Ini kerana pengukuran adalah dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.

            Tahukah anda pengajaran mengukur / menyukat dapat membantu dalam operasi nombor.  Terdapat banyak konsep dan prosedur yang kedua-duanya digariskan dalam sukatan dan nombor.  Contohnya mengukur kepada unit yang hampir.  Adalah sama dengan menulis nombor yang hampir mengikut nilai tempat.  Oleh itu, pengukuran adalah dilihat ada hubungan dengan mengajar konsep nombor.  Pengukuran adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam setiap peringkat matematik KBSR.

Blog ini direka khas untuk guru-guru matematik tahun 2. Diharapkan paparan ini sedikit sebanyak dapat memberi idea khususnya kepada guru matematik bagi mengajar topik Isipadu & cecair.

Paparan ini juga turut menyediakan Rancangan mengajar, cadangan aktiviti, bahan dan juga video yang akan membantu guru-guru matematik tahun dua untuk memahami konsep Isipadu & Cecair.

Masa itu Emas

Tentang Saya

My photo
SK. Taman Dato’ Harun (2) Petaling Jaya Selangor. Malaysia. 11 Tahun Pengalaman Sebagai guru

Logo Sekolah

Logo Sekolah

Mesej


ShoutMix chat widget

Followers