Pengenalan

Kita menggunakan ukuran dan sukatan setiap hari.  Pengukuran ialah satu topik yang luas dalam KBSR.  Ini kerana pengukuran adalah dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.

            Tahukah anda pengajaran mengukur / menyukat dapat membantu dalam operasi nombor.  Terdapat banyak konsep dan prosedur yang kedua-duanya digariskan dalam sukatan dan nombor.  Contohnya mengukur kepada unit yang hampir.  Adalah sama dengan menulis nombor yang hampir mengikut nilai tempat.  Oleh itu, pengukuran adalah dilihat ada hubungan dengan mengajar konsep nombor.  Pengukuran adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam setiap peringkat matematik KBSR.



ISIPADU & CECAIR

Dalam unit ini murid akan dapat :
·                    Memahami dan menggunakan istilah bagi isipadu dan cecair
·                    Mengukur dan membanding isipadu cecair secara terus dan menggunakan unit tak standard.
·                    Mengukur isipadu cecair menggunakan unit standard.


APAKAH BAHAN PENGAJARAN ?..
Bahan pengajaran digunakan oleh guru-guru untuk;
·                    Memahami konsep sesuatu kemahiran dengan mudah
·                    Mengukuhkan kemahiran / fakta / idea
·                    Menjadikan aktiviti pengajaran lebih menarik murid dan seronok



CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN UNTUK
RANCANGAN MENGAJAR (1)

Murid-murid sekarang suka kepada aktiviti ’hand on’ dan aktiviti luar kelas.  Diharapkan dengan aktiviti melalui Rancangan Mengajar (1) yang menggunakan bahan-bahan terbuang seperti botol plastik, jag dapat menjimatkan wang dan mudah untuk diperolehi.

BAGAIMANA ???
Guru membahagikan murid kepada beberapa kmpulan berdasarkan jenis botol atau saiz yang disediakan.  Murid-murid akan bekerjasam mengikut kumpulan masing-masing.
(Rujuk Rancangan Mengajar 1)



APA YANG MEREKA NAK BUAT ??..
Mereka hanya menyukat berapa bilangan cawan yang diperolehi berdasarkan isipadu air dalam bekas pelbagai saiz.  Aktiviti ini akan memberi mereka peluang mencari jawapan sendiri dan mencatat pada kertas edaran yang disediakan.


CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN UNTUK
BAHAN MENGAJAR (2)

Guru menunjukkan bikar yang menunjukkan bacaan 100ml, 200ml, 500ml, 1000ml.  Kemudian guru bertanya bikar yang mana boleh isi banyak air.  Mereka akan ditanya kenapa dapat isi banyak air.  Guru menerangkan tentang unit ukuran standard yang boleh digunakan.

BAGAIMANA DIGUNAKAN ??..
Pertama, guru hendaklah menerangkan tentang unit ukuran yang tidak standard dan standard.  Kita perlu guna unit ukuran standard untuk mendapatkan bacaan yang tepat.
                                                                    

Blog ini direka khas untuk guru-guru matematik tahun 2. Diharapkan paparan ini sedikit sebanyak dapat memberi idea khususnya kepada guru matematik bagi mengajar topik Isipadu & cecair.

Paparan ini juga turut menyediakan Rancangan mengajar, cadangan aktiviti, bahan dan juga video yang akan membantu guru-guru matematik tahun dua untuk memahami konsep Isipadu & Cecair.

Masa itu Emas

Tentang Saya

My photo
SK. Taman Dato’ Harun (2) Petaling Jaya Selangor. Malaysia. 11 Tahun Pengalaman Sebagai guru

Logo Sekolah

Logo Sekolah

Mesej


ShoutMix chat widget

Followers